Tuesday 18 October 2011

Bayi dikelar sehingga terburai isi perut oleh Pelajar 16 tahun di Bentong!!





Ape slah bby yg xberdosa ni smpai dibunuh mcm ni skali??? Dibunuh oleh ibu nye sendiri sampai terburai isi perutnya dan dikelar lg plak tu. Sedap2 buat dgn bf, ble dah pregnant n bersalin, xnk plak bertanggungjawab. Lepas tu bunuh bby yg xbslah tu. Kesian betul tgok bby ni...rase nk menangis pon ade. dah ckup sifat bby ni, tp xsempat hidup lame n dibunuh. ='(

METRO
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

No comments:

Post a Comment